Followers (klik Follow)

28 December 2010

Stok Baru

Assalamualaikum & salam sejahtera


Untuk makluman, stok baru Sutera akan diupload pada Januari 2011....so jgn lupa untuk jenguk2 yer...tq pada semua yg sudi jenguk blog nie...

29 September 2010

Kelebihan memakai sutera & Penjagaannya.

Kepada pelanggan yg dihormati,

Hari ini diba nak share berkenaan kain crepe dan jaquard nie, yer lah, org terengganu, kelantan mesti dah tahu...tapi yg diluar sana tu  may be kurang paham aper itu crepe,jaquard kan?...so sambil2 business ni, kita share2 la ilmu yg ader nie..hihi.., kain crepe nie mmg best pakai, lembut, menyerap peluh dan plg penting nampak ekslusif. Mudah nak iron...sbb tu harga pon boleh tahan mahal,  Sahabat saya ader beli kain crepe ni di area KL, tp yg memeranjatkan saya harga dia...wau..menceceh Rm 500++,yer lah may be tauke nak cover byk benda kan termasuk sewa dan sebagainya.

Jaquard lak , kain dia lembut dan ader satu corak timbul pd kain tu ,b4 nak iron kan, just sembur dulu air...tujuan nyer untuk memudahkan lagi semasa iron tu...kejap ajer! beres daaa...
Ok cara nak cuci lak, kedua2 material crepe dan jaquard, just basuh dgn mengunakan sabun mandi sama ada yg solid(buku) atau yg Liquid(Cecair),TAK PERLU guna sebarang pelembut pakaian spt SOFTLAN dll, sebab kain nie dah terlalu lembut.

Bila dah basuh, terus letak pd hanger dan jemur, tp jemur tu jgn direct sgt dgn cahaya matahari, nanti lama2 nampak lusuh lak kain sutera tu...emmm cam tu jer lah caranye..Jangan lupa renjis air pd kain sblum nak iron ok.ader aper2 just tulis kat comments ok..tc

19 September 2010

SALAM AIDIL FITRI

Assalamualaikum...

Sahabat2 sekalian...pertama sekali tq atas sokongan anda pd butik online ini...cam ner dgn cuti beraya?,ader yg masih bercuti ke?...diba pon baru ajer masuk keja hari ini (ahad 19/09/2010),minggu nie insyaallah diba akn update kain2 sutera,so jgn lupa tuk membuat pilihan ye...hihi..ok sahabat, aper2 pertanyaan,permintaan...JUST CONTACT 014-5095904...have a nice day...see yup

15 August 2010

Salam Ramadhan

Asslamualaikum

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pengunjung setia butik eamnibiz. Pihak kami memohon maaf kerana tidak sempat untuk masukkan stok terbaru, kedatangan syawal menyebabkan stok baru HABIS!,Kami dalam proses untuk kemaskini blog,dan buat masa ini kain terbaru tidak akan di update lagi,mungkin selepas raya kot...ape2 kami akan inform di sini..

Terima Kasih di atas sokongan anda


16 May 2010

Assalamualaikum

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yg sentiasa singgah ke emanibiz nie, buat masa sekarang nie still tak boleh nak update lagi kain2 sutera sbb busy sangat....minta maaf banyak2...tp...insyaallah pihak kami akan updatekan hujung minggu nie dgn stok terbaru,terhebat dan tercantik...jadi jdn lepas kan peluang untuk mendapatkannya....ok...terima kasih juga kepada sahabat2 yg telah membeli sutera drp eamnibiz.....kami menawarkan hanya yg terbaik untuk anda dgn harga yang berpatutan.....selamat membeli di "eamnibiz"...sekian

04 April 2010

Kemeja Sutera


Terdapat pelbagai jenis dan corak Kemeja Sutera , Paling laris sekarang Kemeja Sutera Creep Digital, Harga pasaran sekarang RM 450, Ader juga corak Brush RM (180-250) dan byk lagi.....